Sejarah Sek Keb Putrajaya Presint 16(1)

Rabu, 10 Mac 2010

Sejarah Sek Keb Putrajaya Presint 16(1)

Sekolah ini didirikan di atas tapak bekas ladang kelapa sawit seluas 11 ekar. Pembinaan sekolah ini bermula pada tahun 2000 dan siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2002. Sekolah ini mula dibuka pada 6.1.2003 dengan nama asalanya ialah Sek.keb. Putrajaya 3. Melalui penstrukturan semula nama sekolah oleh Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya (PPWPP) pada tahun 2007, Nama sekolah ini telah bertukar kepada Sek. Keb Putrajaya Presint 16(1).
Sekolah ini mula menerima pelajar pada 11.1.2003 seramai 600 org murid. Sehingga kini, jumlah murid adalah seramai 792 termasuk 56 orang pelajar PraSekolah.

Selamat Datang Ke Blog SKPP16(1)

Assalammualiakum W.B.T kepada semua warga SKPP16(1) dan juga kepada ibu bapa serta kepada seluruh rakyat Malaysia amnya yang telah melawati laman blog sekolah kami. Blog ini dibuat atas dasar mengeratkan silaturrahim dan komunikasi antara ibu bapa dan guru-guru sekolah bagi membantu meningkatkan prestasi pelajaran murid-murid sekolah dari semasa ke semasa. Sehubungan dengan itu pihak sekolah akan menyampaikan maklumat-maklumat, program-program serta aktiviti-aktiviti terkini yang telah/akan dijalankan oleh pihak sekolah didalam blog ini. Pihak sekolah berharap pihak ibu bapa dapat memberikan sedikit sebanyak pandangan (idea-idea) dalam membantu meningkatkan prestasi dan mutu pelajaran di sekolah ini. Pihak sekolah juga berharap pihak ibu bapa dapat melayari laman blog sekolah ini dari semasa ke semasa.
Sekian, terima kasih.
Norliah bt Hashim
G/B SKPP 16(1)