Sejarah Sek Keb Putrajaya Presint 16(1)

Rabu, 10 Mac 2010

Selamat Datang Ke Blog SKPP16(1)

Assalammualiakum W.B.T kepada semua warga SKPP16(1) dan juga kepada ibu bapa serta kepada seluruh rakyat Malaysia amnya yang telah melawati laman blog sekolah kami. Blog ini dibuat atas dasar mengeratkan silaturrahim dan komunikasi antara ibu bapa dan guru-guru sekolah bagi membantu meningkatkan prestasi pelajaran murid-murid sekolah dari semasa ke semasa. Sehubungan dengan itu pihak sekolah akan menyampaikan maklumat-maklumat, program-program serta aktiviti-aktiviti terkini yang telah/akan dijalankan oleh pihak sekolah didalam blog ini. Pihak sekolah berharap pihak ibu bapa dapat memberikan sedikit sebanyak pandangan (idea-idea) dalam membantu meningkatkan prestasi dan mutu pelajaran di sekolah ini. Pihak sekolah juga berharap pihak ibu bapa dapat melayari laman blog sekolah ini dari semasa ke semasa.
Sekian, terima kasih.
Norliah bt Hashim
G/B SKPP 16(1)